Friday, April 23, 2010

KEJOHANAN BADMINTON REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2 ZON A 2010 KANGAR PERLIS







ANTARA PENONTON PERLAWANAN
YANG HADIR MEMBERI SOKONGAN


ATLET PERLIS (KANAN) SEDANG BERTARUNG
DENGAN ATLET DARI KUALA LUMPUR (KIRI)


URUSETIA MEMBUAT CATATAN KEPUTUSAN
PERLAWANAN

KESEMPATAN DIAMBIL ANTARA PENGURUS SUKAN
MR. GIAM BERSAMA JSM PERLIS A'AMAR HASHIM
DAN JSM KELANTAN MEMBINCANGKAN HAL-HAL
BERKAITAN SUKAN BADMINTON DI NEGERI
MASING-MASING

TARIKH KEJOHANAN: 22-25 APRIL 2010
MASA: 8.00 PAGI - 11.30 MALAM (SETIAP HARI)
PASUKAN: PERLIS (TUAN RUMAH)
KEDAH
PULAU PINANG
PERAK
KELANTAN
KUALA LUMPUR

Tahun ini merupakan giliran negeri Perlis diamanahkan untuk menjadi tuan rumah serta penganjur. Sebanyak 6 pasukan telah menyertai kejohanan sirkit remaja ini dengan anggaran 300 orang atlet telah mendaftar diri dalam semua kategori yang dipertandingkan. Kejohanan ini diadakan bagi memberi peluang kepada atlet remaja seluruh Malaysia dari semua pusat latihan negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan mengumpul mata ranking untuk layak ke pertandingan Grand Final.

Atlet Negeri Perlis telah menunjukkan peningkatan pada sirkit 1 di P.Pinang pada Februari lepas. Seramai 6 orang atlet layak ke Suku Akhir dan seorang atlet mencipta sejarah layak ke Semi Final namun tewas dalam pertarungan 'rubber set' dalam kategori Perseorangan Lelaki. Di sebalik sedikit kejayaan yang dicipta, adalah disedari masih banyak yang diperlukan untuk melangkah kaki ke Grand Final dan mereka sedang berjuang untuk merealisasikan impian tersebut seterusnya mewakili negara di peringkat kebangsaan.

Updated: 5 Mei 2010
Seorang atlet, Lee Tong Xin (Bawah 12 tahun) telah layak ke Kejohanan Akhir GP di Pahang pada 28 Mei ini buat julung kalinya.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pencapaian semua JSM Badminton Perlis kerana adalah menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan kerana dengan hanya mempunyai satu sahaja pusat latihan, dapat dipastikan impian untuk bersaing di peringkat GP Akhir telah terlaksana. Adalah diharapkan agar lebih banyak lagi pusat dapat ditubuhkan di Perlis demi memastikan negeri Perlis terus bersaing dengan negeri-negeri yang lain.

Wednesday, April 21, 2010

JUPHA PERMATA PERLIS

UTUSAN MALAYSIA ONLINE-21 APRIL 2010

Jupha tagih sentuhan Beasley

KUALA LUMPUR - Pelumba remaja wanita Jupha Somnet memasang impian menjalani latihan bersama skuad elit berbasikal negara di bawah ketua jurulatih John Beasley di Melbourne.

Pelumba berusia 17 tahun itu berkata, ia adalah impiannya untuk berlatih bersama skuad elit negara yang telah meraih pelbagai kejayaan di persada antarabangsa.

''Sebagai pelumba pelapis, saya sedar hasrat itu mungkin tidak dapat menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini kerana masih perlu menimba pengalaman yang secukupnya,'' katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Jupha berkata, dia telah menetapkan sasaran masa tiga tahun untuk menyertai skuad elit negara serta beraksi di peringkat tertinggi.

Pelumba berketurunan Siam kelahiran Perlis itu merupakan atlet pelapis paling cemerlang apabila memenangi dua pingat perak dan dua pingat gangsa pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), minggu lepas.

Dua pingat perak disumbangkan olehnya dalam acara 500 meter ujian masa wanita dan pecut berpasukan bersama-sama Nurazimah Abd. Rashid manakala dalam acara scratch serta pecut individu beliau menyumbangkan pingat gangsa.

"Memang tidak sangka untuk memenangi pingat-pingat ini kerana ia merupakan penampilan pertama saya di ACC malah hanya menjalani latihan persediaan selama dua bulan.

"Selain bangga dengan kejayaan itu, saya juga menimba pengalaman berguna terutamanya dari segi taktik pelumba-pelumba lain," ujarnya.

Selain Jupha, skuad pelapis kebangsaan turut meraih empat lagi pingat gangsa melalui Nurazimah (perlumbaan mata wanita), Muhd. Affy Ghairant (keirin lelaki), Muhd. Fattah Amri Zaid (pecut individu lelaki) dan Muhd. Shariwan Md Shari, Amirul Anuar Jafri dan Muhd. Al Ghazali yang beraksi dalam acara kejar-mengejar berpasukan lelaki.

Mengulas mengenai pencapaian itu, jurulatih pasukan, Suod Hussin berkata, ia merupakan satu peningkatan yang dipamerkan oleh pelumba pelapis berbanding ACC tahun lepas di Indonesia yang memenangi satu perak dan tiga gangsa.

"Selepas ini pelumba-pelumba pelapis yang terpilih akan menyertai kejohanan trek Piala Asia pada Jun dan Kejohanan Trek Dunia pada Ogos," katanya. - Bernama

Tuesday, April 20, 2010

MINI KEJOHANAN TERJUN PROGRAM PELAPIS PERLIS 2010






Program : Mini Kejohanan Terjun Program Pelapis Perlis 2010
Tarikh: 19 April 2010
Masa : 5.30 - 6.30
Tempat: Dry Grym MSN/ Kolam Renang Jabatan Belia dan Sukan Perlis
Peserta: Iswadi Bin Ramli (SDO)
Saufik Redzuan (SDO)
Mohd Iziee Ilias (Atlet/ Judge 1)
Afina Binti Azamin (Judge 2)
8 Atlet (2 tidak hadir bersebab)
Ibu Bapa

Mini kejohanan ini telah diadakan pada 19 April 2010 bermula jam 5.30 petang dan berakhir pada 6.30 petang.

Objektif utama adalah untuk memberi sedikit sebanyak pendedahan mengenai disiplin asas dalam latihan serta pertandingan terjun disamping untuk menggalakkan atlet berkecimpung dalam sukan ini secara serius.. Kebanyakkan atlet masih diperingkat umur 6-11 tahun . Antara kategori dipertandingkan adalah;


1. Head To Knee (Dry land)
2.Split (Dry Land)
3.Hand Stand (Dry Land)
4.Double Jack (Dry Land)
5.Jump A 1 Meter (Water)
6. Drob B 1 Meter (Water)

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Tempat Pertama: Arief Amsyar bin Aznan (8 tahun)
Tempat ke-2: Mohd Eqram Idha Bin Abdul Razak (10 tahun)
Tempat ke-3: Ashraff Bin Mohd Zuraimee (8 tahun)
Ahmad Daniel Bin Mohd Zuraimee (8 tahun)
Ke-4 dan seterusnya : Nur Akmal Hafiez Bin Badardin (10 tahun)
Irfan Bin Mohd Zuraimee (6 tahun)

Mohd Faiz (8 tahun)

Atief Anaqi Afzal Bin Aznan (10 tahun)



ISWADI BIN RAMLI
Pegawai Pembangunan Negeri

Akuatik & Badminton
USPTN Perlis

KLINIK BERBASIKAL

KLINIK BERBASIKAL PERLIS 2010

Klinik ini diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2010 di SMK Syed Hassan dengan kerjasama di antara Persatuan Berbasikal Perlis, Majlis Sukan Negeri Perlis dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis telah berjaya menarik minat seramai 30 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan bangsa serta sekolah sekitar Negeri Perlis. Ini merupakan merupakan permulaan yang baik bagi menarik minat pelajar-pelajar supaya berjinak-jinak dengan sukan berbasikal di peringkat akar umbi dan seterusnya hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga apa yang kita harapkan ini akan menjadi suatu kenyataan bagi melahirkan atlet yang mampu untuk membawa cabaran negara ke kejohanan dunia pada suatu hari nanti yang datang daripada Negeri Perlis.

Para pelajar sedang khusuk mendengar ucapan daripada En Maniam Manikam iaitu Setiausaha Persatuan Berbasikal Perlis.





Pengarah MSN Perlis turut hadir bersama-sama semasa Perasmian Klinik tersebut






En Maniam Manikan sedang memeberi amanat dan kata-kata semangat






Bakal pelumba Negara suatu hari nanti


Thursday, April 1, 2010

KEJOHANAN BOLING PADANG SINGLE KEBANGSAAN 2010



Auni dalam pusingan pertama

Pemandangan sekitar Bukit Kiara


Syafiqah sedang memberi tumpuan dalam perlawanan


Asrama belia yang disewa untuk penginapan atlet Perlis


Kejohanan ini telah berlangsung pada 27-31 mac 2010 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara kula lumpur....

Pelapis Perlis telah menyertai kejohanan ini dan di barisi terdiri daripada 2 atlet lelaki dan 3 atlet wanita iaitu

LELAKI
Abd Hakim Afif b Abd Rahman
Abd Syafiq Afif b Abd Rahman

WANITA
Auni Fathiah bt Kamis
Syafiqah Haidar Afif bt Abd Rahman
Nur Atikah bt Azizan


KEPUTUSAN

Abd Hakim -Top 24
Abd syafiq -Pusingan Pertama
Auni Fathiah -Top 16
Syafiqah -Pusingan Pertama
Nur Atiqah - Naib Johan