Tuesday, April 20, 2010

KLINIK BERBASIKAL

KLINIK BERBASIKAL PERLIS 2010

Klinik ini diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2010 di SMK Syed Hassan dengan kerjasama di antara Persatuan Berbasikal Perlis, Majlis Sukan Negeri Perlis dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis telah berjaya menarik minat seramai 30 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan bangsa serta sekolah sekitar Negeri Perlis. Ini merupakan merupakan permulaan yang baik bagi menarik minat pelajar-pelajar supaya berjinak-jinak dengan sukan berbasikal di peringkat akar umbi dan seterusnya hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga apa yang kita harapkan ini akan menjadi suatu kenyataan bagi melahirkan atlet yang mampu untuk membawa cabaran negara ke kejohanan dunia pada suatu hari nanti yang datang daripada Negeri Perlis.

Para pelajar sedang khusuk mendengar ucapan daripada En Maniam Manikam iaitu Setiausaha Persatuan Berbasikal Perlis.





Pengarah MSN Perlis turut hadir bersama-sama semasa Perasmian Klinik tersebut






En Maniam Manikan sedang memeberi amanat dan kata-kata semangat






Bakal pelumba Negara suatu hari nanti


No comments:

Post a Comment