Friday, April 23, 2010

KEJOHANAN BADMINTON REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2 ZON A 2010 KANGAR PERLIS







ANTARA PENONTON PERLAWANAN
YANG HADIR MEMBERI SOKONGAN


ATLET PERLIS (KANAN) SEDANG BERTARUNG
DENGAN ATLET DARI KUALA LUMPUR (KIRI)


URUSETIA MEMBUAT CATATAN KEPUTUSAN
PERLAWANAN

KESEMPATAN DIAMBIL ANTARA PENGURUS SUKAN
MR. GIAM BERSAMA JSM PERLIS A'AMAR HASHIM
DAN JSM KELANTAN MEMBINCANGKAN HAL-HAL
BERKAITAN SUKAN BADMINTON DI NEGERI
MASING-MASING

TARIKH KEJOHANAN: 22-25 APRIL 2010
MASA: 8.00 PAGI - 11.30 MALAM (SETIAP HARI)
PASUKAN: PERLIS (TUAN RUMAH)
KEDAH
PULAU PINANG
PERAK
KELANTAN
KUALA LUMPUR

Tahun ini merupakan giliran negeri Perlis diamanahkan untuk menjadi tuan rumah serta penganjur. Sebanyak 6 pasukan telah menyertai kejohanan sirkit remaja ini dengan anggaran 300 orang atlet telah mendaftar diri dalam semua kategori yang dipertandingkan. Kejohanan ini diadakan bagi memberi peluang kepada atlet remaja seluruh Malaysia dari semua pusat latihan negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan mengumpul mata ranking untuk layak ke pertandingan Grand Final.

Atlet Negeri Perlis telah menunjukkan peningkatan pada sirkit 1 di P.Pinang pada Februari lepas. Seramai 6 orang atlet layak ke Suku Akhir dan seorang atlet mencipta sejarah layak ke Semi Final namun tewas dalam pertarungan 'rubber set' dalam kategori Perseorangan Lelaki. Di sebalik sedikit kejayaan yang dicipta, adalah disedari masih banyak yang diperlukan untuk melangkah kaki ke Grand Final dan mereka sedang berjuang untuk merealisasikan impian tersebut seterusnya mewakili negara di peringkat kebangsaan.

Updated: 5 Mei 2010
Seorang atlet, Lee Tong Xin (Bawah 12 tahun) telah layak ke Kejohanan Akhir GP di Pahang pada 28 Mei ini buat julung kalinya.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pencapaian semua JSM Badminton Perlis kerana adalah menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan kerana dengan hanya mempunyai satu sahaja pusat latihan, dapat dipastikan impian untuk bersaing di peringkat GP Akhir telah terlaksana. Adalah diharapkan agar lebih banyak lagi pusat dapat ditubuhkan di Perlis demi memastikan negeri Perlis terus bersaing dengan negeri-negeri yang lain.

No comments:

Post a Comment