Monday, November 5, 2012

Pergerakan Atlet Berbasikal Ke USM Kubang Kerian Untuk Program Pengujian, Penilaian & Kajian Saintifik Latihan





Tarikh : 05 November 2012
Masa : 9.00 pagi
Atlet : 13 orang
Jurulatih : 2 orang


Pasukan Berbasikal USPTN Perlis bertolak ke Universiti Sains Malaysia Kampus Kubang Kerian, Kelantan untuk mengikuti satu program kerjasama dengan pihak Unit Sains Sukan, USM Kubang Kerian, Kelantan sepertimana taklimat yang telah diberikan oleh Dr. Asmadi b Ishak dari Unit Sains Sukan, USM Kubang Kerian, Kelantan pada 11.10.2012 yang lalu.

Daripada taklimat yang telah diberikan, pihak Majlis Sukan Negeri Perlis, Persatuan Berbasikal Negeri Perlis dan juga Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis berpendapat program yang dicadangkan akan dapat membantu jurulatih dan juga atlet-atlet membina persefahaman dan ilmu berasaskan Sains Sukan untuk jangkasama panjang dan boleh diaplikasi menerusi program latihan dan pembangunan sukan Berbasikal di negeri Perlis. Pengetahuan ini juga akan seterusnya dapat membantu jurulatih untuk mengetahui tahap kemampuan maksimum atlet, dan seterusnya mampu merancang secara sistematik periodisasi latihan untuk meningkatkan prestasi atlet.


Taklimat pada 11.10.2012






Nama Program            :  Pengujian, Penilaian & Kajian Saintifik Latihan
(Fisiologikal & Fizikal) Bagi Atlet Sukan Berbasikal (Junior)
Jangkamasa Program : Keseluruhan - 7 bulan 
Jangkamasa Program : 06 hingga 14 November 2012 - Fasa 1
Tempat                         : USM Kubang Kerian, Kelantan
Dikendalikan Oleh      : Dr. Asmadi b. Ishak
Antara Ujian Yang Akan Diadakan
Antara Ujian Yang Akan Diadakan
Antara Ujian Yang Akan Diadakan
Antara Ujian Yang Akan Diadakan
Antara Ujian Yang Akan Diadakan
Antara Ujian Yang Akan Diadakan


Terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Perlis kerana memberikan peruntukan kepada pasukan Berbasikal untuk mengikuti program ini. Program ini juga mendapat sokongan daripada Pihak Persatuan Berbasikal Negeri Perlis. Program Fasa 1 ini juga turut disertai oleh staf dari MSN Perlis selain jurulatih dan atlet Berbasikal. Semoga semua yang terlibat dalam program ini mendapat manfaat sewajarnya dan semoga prestasi atlet Berbasikal Negeri Perlis akan dapat ditingkatkan lagi selepas ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Unit Sains Sukan, USM Kubang Kerian, Kelantan di atas kerjasama ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh,
Aniza Bt Roslan
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Perlis

No comments:

Post a Comment