Monday, November 26, 2012

Pemantauan Sesi Latihan Berbasikal


 




Tarikh : 26.11.2012
Masa : 09.00 - 11.00 pagi
Tempat : Kompleks Sukan Negeri, Perlis

Kehadiran :
1. Jurulatih - En. Afandi
2. Atlet - 6 orang

Latihan:
Kayuhan sekitar kawasan Kompleks Sukan Negeri.

Pertandingan:
Pasukan Berbasikal USPTN Perlis akan menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 03/2012 yang akan diadakan pada 28.11.2012 hingga 02.12.2012 di Veledrome Cheras, K.Lumpur

Peralatan :
Memerlukan penambahan tiub/tayar dalam untuk kegunaan latihan dan pertandingan.

Program Binaan:
Dua orang atlet (Futhoul Bari bin Elias & Luqman bin Zulkarnain) telah terpilih menghadiri Kem Bakat Berbasikal Trek (L) Siri 01/2012 anjuran Cawangan Pelapis, MSNM yang diadakan di Veledrom Rakyat, Ipoh, Perak pada 21.11.2012 hingga 28.11.2012.

Ulasan :
1. Sesi latihan diadakan pada sebelah pagi kerana cuti sekolah dan juga kerana keadaan cuaca yang selalu hujan pada sebelah petang.
2. Ada atlet yang tidak hadir tetapi telah memaklumkan ketidakhadiran mereka kepada jurulatih.
3. Perbincangan bersama jurulatih untuk mengadakan "attachment training" pada bulan Disember nanti kerana melibatkan atlet yang mengambil peperiksaan SPM.

Sekian, terima kasih.

Aniza Bt Roslan
PPN USPTN Perlis

Tuesday, November 13, 2012

Pemantauan Di Kejohanan Olahraga Zon Utara Fasa 2












Tarikh : 09-10 November 2012
Tempat : Kompleks Sukan MPSP, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Kehadiran :
Jurulatih : 2 orang
Atlet : 10 orang – 6 Lelaki dan 4 Perempuan

Ulasan:
1. Ini merupakan kejohanan terakhir bagi sukan Olahraga mengikut koata yang telah ditetapkan oleh pihak Cawangan Pelapis, MSNM.
2. Atlet-atlet yang menghadapi peperiksaan SPM dikecualikan.
3. Prestasi yang ditunjukkan oleh atlet-atlet agak baik dan memuaskan.
4. Di kesempatan yang ada juga, perjumpaan bersama atlet diadakan untuk mengetahui sekiranya terdapat sebarang permasalahan sama ada dari segi pelajaran mahupun latihan.

Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh:
Aniza Bt Roslan
PPN USPTNPs

Monday, November 12, 2012

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT USPTNPs


LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: ANGKAT BERAT

Tarikh: 12 November 2012
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: GYMNASIUM ANGKAT BERAT MSNPs

Kehadiran
1. Rusli b. Othman - JSM
3. Atlet -  6, 3 lelaki 3 wanita

LATIHAN

1. Press
2. Front Squat
3. Classic Snatch


ULASAN

1. Membincangkan penyertaan ke Kejohanan Angkat Berat Zon Utara pada hujung bulan ini.
2. Membuat latihan persiapan bagi kejohanan angkat berat zon utara.
3. Berbincang bersama jurulatih bagi memilih atlet yang layak ke kejohanan zon utara nanti.
4. Kehadiran atlet amat memuaskan dan latihan dikendalikan oleh JSM En Rusli Othman.


Sekian terima kasih.
MIOR ZUHRY AZIM BIN MIOR ADNAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERLIS
ANGKAT BERAT & PELAYARAN


Thursday, November 8, 2012

Latihan Pusat Latihan Negeri Sepak Takraw


SUKAN: SEPAK TAKRAW

Tarikh: 6 November 2012
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Dewan Rakan Sukan

KEHADIRAN:
JSM: AZIZ ABDULLAH
Atlet: 14 Orang

LATIHAN:
1. Libasan dan Hantaran.
2. Membina dan memantapkan kemahiran Asas Rejaman
3.Latih tubi 'break ball', hantaran dan rejaman

PERTANDINGAN:
1.Akan menyertai Karnival Remaja Kebangsaan siri 2 di Shah Alam Selangor

ULASAN:
1. Sesi latihan berjalan dengan lancar dengan keadaan cuaca yang baik.
2.Atlet yang tinggal di Asrama SMK Syed Alwi tidak dapat menyertai latihan kerana tidak mendapat perlepasan dari Warden asrama
3.  Tertumpu kepada persediaan untuk  menghadapi Karnival Remaja Kebangsaan siri 2

Sekian terima kasih



Monday, November 5, 2012

Pergerakan Atlet Berbasikal Ke USM Kubang Kerian Untuk Program Pengujian, Penilaian & Kajian Saintifik Latihan





Tarikh : 05 November 2012
Masa : 9.00 pagi
Atlet : 13 orang
Jurulatih : 2 orang


Pasukan Berbasikal USPTN Perlis bertolak ke Universiti Sains Malaysia Kampus Kubang Kerian, Kelantan untuk mengikuti satu program kerjasama dengan pihak Unit Sains Sukan, USM Kubang Kerian, Kelantan sepertimana taklimat yang telah diberikan oleh Dr. Asmadi b Ishak dari Unit Sains Sukan, USM Kubang Kerian, Kelantan pada 11.10.2012 yang lalu.

Daripada taklimat yang telah diberikan, pihak Majlis Sukan Negeri Perlis, Persatuan Berbasikal Negeri Perlis dan juga Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis berpendapat program yang dicadangkan akan dapat membantu jurulatih dan juga atlet-atlet membina persefahaman dan ilmu berasaskan Sains Sukan untuk jangkasama panjang dan boleh diaplikasi menerusi program latihan dan pembangunan sukan Berbasikal di negeri Perlis. Pengetahuan ini juga akan seterusnya dapat membantu jurulatih untuk mengetahui tahap kemampuan maksimum atlet, dan seterusnya mampu merancang secara sistematik periodisasi latihan untuk meningkatkan prestasi atlet.


Taklimat pada 11.10.2012






Nama Program            :  Pengujian, Penilaian & Kajian Saintifik Latihan
(Fisiologikal & Fizikal) Bagi Atlet Sukan Berbasikal (Junior)
Jangkamasa Program : Keseluruhan - 7 bulan 
Jangkamasa Program : 06 hingga 14 November 2012 - Fasa 1
Tempat                         : USM Kubang Kerian, Kelantan
Dikendalikan Oleh      : Dr. Asmadi b. Ishak
Antara Ujian Yang Akan Diadakan
Antara Ujian Yang Akan Diadakan
Antara Ujian Yang Akan Diadakan
Antara Ujian Yang Akan Diadakan
Antara Ujian Yang Akan Diadakan
Antara Ujian Yang Akan Diadakan


Terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Perlis kerana memberikan peruntukan kepada pasukan Berbasikal untuk mengikuti program ini. Program ini juga mendapat sokongan daripada Pihak Persatuan Berbasikal Negeri Perlis. Program Fasa 1 ini juga turut disertai oleh staf dari MSN Perlis selain jurulatih dan atlet Berbasikal. Semoga semua yang terlibat dalam program ini mendapat manfaat sewajarnya dan semoga prestasi atlet Berbasikal Negeri Perlis akan dapat ditingkatkan lagi selepas ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Unit Sains Sukan, USM Kubang Kerian, Kelantan di atas kerjasama ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh,
Aniza Bt Roslan
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Perlis