Monday, October 22, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN


LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN  

SUKAN: ANGKAT BERAT

Tarikh: 18 - 21 Oktober 2012
Masa: 8.30 PG - 5.00 PTG
Tempat: Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri Sembilan

Kehadiran

1. Rusli b. Othman - JSM
2. Atlet - 2 lelaki, 2 wanita
ULASAN

Kejohanan pada kali ini disertai 15 negeri dan seramai 75 orang atlet dari seluruh Malaysia bersama-sama berentap bagi mendapat pingat yang di pertaruhkan pada kejohanan kali ini.Pasukan Angkat Berat Perlis telah menghantar 4 orang atlet untuk menyertai kejohanan pada kali ini iaitu 2 orang lelaki dan 2 orang wanita. JSM En Rusli B. Othman turut serta bagi mengiringi atlet dalam kejohanan ini. 

Untuk kejohanan pada kali ini  pasukan angkat berat Perlis telah menyumbangkan pingat melalui kategori 58kg wanita pingat (gangsa)  acara snatch, dan kategori 94kg lelaki perak acara snatch dan clean & jerk. 
Berikut adalah keputusan pertandingan bagi atlet perlis.

SHAHWAL ZAWAWI B. ABDULLAH (94kg)                 -  Snatch 76kg Clean & Jerk 101kg Rank 2 (Perak)
ADIRA NADIA BT KHARUN AZMAN (58KG)                 - Snatch 35kg Clean & Jerk 40kg   Rank 4  (Gangsa)
NUR NABILA BT MAZLAN (48KG)                                - Snatch 28kg Clean & Jerk 40kg   Rank 4
MOHD HARIS HASSAN (85KG)                                   - Snatch 0 kg Clean & Jerk  0kg   Rank 10

Tahniah kepada semua pemenang pingat pada kejohanan kali ini.

Sekian terima kasih.

MIOR ZUHRY AZIM BIN MIOR ADNAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERLIS
ANGKAT BERAT & PELAYARAN


Friday, October 19, 2012

Sesi Latihan Memanah Pelapis Perlis


Tarikh: 18 Oktober 2012
Masa: 5.30 Petang
Tempat: SMK Syed Alwi

KEHADIRAN:
Mohd Subanthirio Bin Mohd Suhaimi
Atlet: 10 Lelaki , 4 Wanita

LATIHAN:
1. Shoot Form  30m, 50m
2. Light Weight Training

PERTANDINGAN: 
Atlit Memanah  akan menyertai kejohanan memanah MSSPs pada 22 - 24 Oktober ini di SK Behor Mali..

ULASAN:

1. Program latihan berjalan dengan lancar
2. Atlet baru menunjukkan peningkatan yang baik
3. Musim Hujan Menyebabkan sesi latihan terganggu

Dari
Cdie___usptn.......

Memanah ---- " AFTER SCHOOL PROGRAM "


Tarikh: 17 Oktober 2012
Masa: 5.15 Petang
Tempat: Lapangsasar Memanah MSN Perlis

KEHADIRAN:
En. Basdrihisham Ishak (JSM)
Atlet: 4 Lelaki , 4 Wanita

LATIHAN:
1. Shoot Form 20m dan 30m

PERTANDINGAN:
Atlit Memanah ' After School Program' akan menyertai kejohanan memanah MSSPs pada 22 - 24 Oktober ini di SK Behor Mali..

PERALATAN:
Memerlukan Beberapa Peralatan seperti:
1. Target Butt
2. Arrow untuk latihan

ULASAN:

1. Program latihan berjalan dengan lancar
2. Sesi latihan akan dijalankan seminggu sekali di Pusat Latihan Negeri (Kompleks Sukan Negeri) dan sesi latihan yang lain akan diadakan di MRSM Beseri.
--
Dari
Cdie __usptn

Wednesday, October 17, 2012

Sesi Latihan Sepak Takraw


SUKAN: SEPAK TAKRAW

Tarikh: 11 Oktober2012
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Rakan Sukan

KEHADIRAN:
JSM: AZIZ ABDULLAH
         ROSLI MANSOR
14 Atlet

LATIHAN:
1. Latih Tubi- (Break Ball, Rejaman)
2. Permainan Gelanggang.
3. Fitness

ULASAN:
1. Sesi latihan berjalan dengan lancar 
2. Kehadiran Kurang Memuaskan kerana Musim Peperiksaan
3. Sesi latihan akan dilakukan di 2 tempat iaitu Dewan Rakan Sukan dan SMK Syed Ali

Dari.....
Rasidi

JUARA LAGI..!!!!


Atlet Pelapis Boling Padang Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis telah mengungguli Kejohanan Boling Padang Mahsuri Cup 2012 (LANGKAWI MIX DOUBLE INTERNATIONAL LAWN BOLWS TOURNAMENT) yang berlangsung pada 10 – 14 Oktober 2012 yang bertempat di Kuah, Langkawi. 

Pelapis Perlis diwakili oleh pasangan adik beradik iaitu Syafikah Haidar Afif Bt Abdul Rahman dan Abdul Syafiq Afif Bin Abdul Rahman..Pasangan Adik beradik ini telah mengalahkan pasangan dari Filipina yang diwakili oleh Leo Cerren dan Ronald Crenless pada perlawanan Akhir dengan pungutan mata 14 – 10 yang berlangsung pada 14 Oktober 2012 (09.00 malam)
 Terdahulu pada peringkat separuh akhir pasangan ini telaha mengalahkan pasangan dari Harimau Malaysia dengan pungutan mata 19 – 12. Dengan kemenangan tersebut pasangan adik beradik tersebut telah membawa pulang Jam tangan dan  wang tunai RM 3,200.00 sebagai Johan kejohanan tersebut..  Taniah Diucapkan...

--
Dari....
Rasidi Baharom..