TARIKH:24-25 MAC 2012JAM : 9.00 PAGI
KEHADIRAN : 198 ORANG PESERTA
PENGLIBATAN : KETUA UNIT ,PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,PEGAWAI ISN,JURULATIH ,PEGAWAI MSN NEGERI DAN STAFF USPTN PERLIS DAN MSN NEGERI.
24 MAC 2012
Pendaftaran telah bermula sejak jam 8.30 pagi hingga ke pukul 9.30 pagi.Seramai 198 orang pelajar dari peringkat umur 7 tahun hingga 15 tahun telah didaftarkan .
Setelah selesai pendaftaran, pihak ISN memberi taklimat tentang program. Pihak ISN telah memecahkan pelajar mengikut sukan masing-masing.Berikut adalah sukan –sukan yang terlibat dalam program ini Badminton,Renang,Angkat Berat,Memanah,Sepak Takraw, Boling Padang,Olahraga,Gimrama,Bola Baling,Hoki dan Tenpin Boling.
Ujian yang telah dijalankan adalah seperti berikut timabng berat badan dan ketinggian, vertical Jump,standing Broad Jump, 40m sprint,sit and reach,maximum Push Up, Plank Test, yoyo test dan 1km cycling test.
Ujian selesai di jalankan pada jam 1.30 tengahari dan atlet di beri rehat untuk solat zohor dan makan tengahari.
Pada jam 3.00 Petang sesi kedua dijalankan iaitu pengenalan sukan oleh jurulatih- jurulatih yang terlibat.Seramai 12 orang jurulatih telah membuat penerangan tentang sukan masing masing.Setelah itu Ketua Unit juga telah memberikan ucapan kepada pelajar dan menerangkan fungus Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis kepada pelajar-pelajar.
Bagi sesi yang ketiga, para pelajar telah dipecahkan mengikut sukan masing-masing dan penerangan oleh jurulatih mengenai sukan yang mereka ceburi.Sesi bersama jurulatih selesai jam 5.00 petang dan majlis selesai pada hari yang pertama .
25 MAC 2012
Sesi pertama pada hari yang kedua ialah demo mengikut sukan oleh atlet-atlet negeri perlis.Sesi bermula jam 9.00 pagi dan berjalan mengikut venue sukan masing masing dan rehat pada jam 10.30 pagi untuk makan pagi.
Tepat jam 11.00 sesi kedua dimulakan iaitu mini pertandingan. Jurulatih memecahkan pelajar mengikut kretiviti jurulatih dan pertandingan bermula mengikut sukan masing-masing.
Program selesai jam 12.30 tengah hari dan mini pertandingan selesai dijalankan. Dan pelajar di beri rehat untuk makan tengahari sebelum majlis penutup berlangsung.
Majlis penutup bermula jam 1.30 tengah hari. Tuan Pengarah En Muhd Azahari b Ramli telah merasmikan majlis penutup Program dan acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan sijil penyertaan kepada peserta. Program selesai jam 2.30 petang dan majlis bersurai.
--
Tuesday, March 27, 2012
PERLIS FUTURE CHAMPIONS 2012
Wednesday, March 21, 2012
Lawatan Ke Pusat Latihan Negeri Sepak Takraw
Tarikh: 20 Mac 2012
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Dewan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis
Kehadiran:
1. Aziz bin Abdullah - JSM
2. Rosli bin Mansor - JSM
3. Atlet - 14 Lelaki
LATIHAN
1. Fitness
2. Kemahiran Pengawalan Gelanggang
3. Kemahiran Persefahaman Regu
PERTANDINGAN
1. 25 MAC 2012 Pertandingan persahabatan bersama sekolah Mutiara Impian akan diadakan pada Jam 3.00 Petang bertempat di Dewan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis
PROGRAM BINAAN
1. Pada 24 dan 25 Mac 2012 Program "PERLIS FUTURE CHAMPION" akan diadakan bagi mencari atlet-atlet baru.
2. Program ini adalah kerjasama antara USPTN Perlis, Majlis Sukan Negeri dan Institut Sukan Negara..
ULASAN
1. Bagi atlet yang berumur antara 18 hingga 21 tahun sesi latihan dijalankan pada sebelah malam iaitu pada setiap malam Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu
2. Sesi latihan dijalankan di Dewan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis disebabkan Dewan Rakan Sukan Majlis Sukan Negeri Perlis didalam proses membaikpulih dan kos sewa gelanggang untuk latihan atlet pada sebelah malam di tanggung oleh pihak Persatuan Sepak Takraw Negeri Perlis.
Dari~~~
Rasidi Baharom
Monday, March 12, 2012
Pemantauan PLN Lawn Bowls USPTN Perlis
Masa: 5.15 Petang
Tempat: Gelanggang Boling Padang Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
KEHADIRAN:
En. Kamis bin Harun (JSM)
Atlet: 6 Lelaki , 4 Wanita
LATIHAN:
1. Strategi dan teknikal acara Pairs
2. Pertandingan Pairs
PERTANDINGAN:
1.Atlit Lawn Bowls PLN Perlis menyertai kejohanan Lawn Bowls Pra Sukam yang bertempat Alor Setar pada 11 - 14 mac 2012
PERALATAN:
1.Terima kasih kepada pihak MSN Perlis kerana telah menyumbang 5 set Bowls barusebagai persediaan untuk SUKMA Pahang..
ULASAN:
1. Program latihan berjalan dengan lancar
2. Masalah peralatan telah selesai(dengan sumbangan Bowls dari MSN Perlis)
3.Cadangan seorang lagi JSM akan dihantar kepada pihak Cawangan Pelapis
4.Prestasi atlet telah meningkat.
Sekian terima kasih
Dari~~~ Rasidi Baharom.
Tuesday, March 6, 2012
Pemantauan Sukan Boling 01\12
Harini merupakan hari pertama latihan dijalankan . Latihan bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam.
Seramai 6 orang atlet sukma dan 15 orang atlet pelapis telah hadir menjalani latihan. Kehadiran memuaskan.
Sekian laporan
Thursday, February 9, 2012
Pemantauan PLN Lawn Bowls
JSM : Kamis Harun
Kehadiran : 4 Lelaki dan 4 Wanita
Sesi latihan hari ini bermula pada jam 4.00 petang hingga 6.30 petang... Program latihan yang diaturkan oleh jurulatih ialah "draw line" dalam 3 jarak bermula pada jam 4.00 petang hingga ke 5.00 petang.. Seterusnya pada jam 5.00 petang hingga 6.30 petang latihan pairs dilakukan untuk mengenalpasti kelemahan dan juga mencari keserasian di antara pasangan masing-masing..
Jurulatih memaklumkan kahadiran atlet pada hari persekolahan agak menurun kerana beberapa orang atlet terlibat dengan aktiviti sekolah dengan itu jurulatih mengambil inisiatif dengan melakukan latihan pada setiap pagi sabtu dan juga ahad..
Untuk makluman JSM Boling Padang akan mengikuti Kursus Pemakanan dan Fisioterapi di Langkawi pada 10 – 12 Febuari dan seterusnya akan mengikuti CCE di UiTM Arau pada 14 – 17 Febuari 2012...













