Wednesday, February 8, 2012

100PLUS JUNIOR SIRKIT ZON A PERLIS

Kejohanan ini telah bermula pada harini dimana pasukan dari zon A terdiri daripada

#PERLIS
#KEDAH
#PULAU PINANG
#PERAK
#KUALA LUMPUR
#KELANTAN

Pada sesi harini adalah pusingan pertama dan pusingan ke dua untuk keputusan terkini dan penuh sila klik pada link di sebelah kiri sekian terima kasih













Saturday, February 4, 2012

Perjumpaan atlet dan ibu bapa bersama ahli Persatuan Badminton Perlis,Majlis Sukan Negeri Perlis dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Perjumpaan atlet dan ibu bapa bersama ahli Persatuan Badminton Perlis,Majlis Sukan Negeri Perlis dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

Tarikh 4 feb 2012
Jam: 10.00 pagi
Tempat :Dewan Badminton Perlis

Satu program telah diatur oleh persatuan dengan kerjasama USPTNPs pada harini iaitu perjumpaan atlet dan ibu bapa .

Sebelum perjumpaan ini dijalankan jurulatih telah menjalankan centre training untuk kejohanan yang bakal disertai iaitu kejohanan Sirkit Remaja Sirkit 1 yang akan berlansung di kangar Perlis. Latihan bermula sejak jam 8.00 pagi.

Tepat jam 10.30 pagi Timbalan presiden telah sampai dan perjumpaan telah dijalankan dimana atlet ibu bapa dan semua mengambil tempat.Timbalan president telah memberi ucapan dan kata kata semangat kepada atlet da jurulatih.

Disamping itu juga belansung majlis penyerahan baju tajaan kepada atlet .Persatuan Badminton Perlis dan Syarikat Champion Duluxe telah menaja pakaian kepada atlet negeri Perlis untuk kejohana pada tahun ini. Dan akhir sekali jamuan ringan telah disediakan oleh persatuan.

Program selesai jam 11..30 pagi

Sekian laporan dari PPN Badminton Perlis

Wednesday, February 1, 2012

Pemantauan Pusat Latihan Negeri Memanah

Tarikh : 31 Januari 2012

Masa : 6.00 Petang

Tempat : Lapangsasar Memanah Majlis Sukan Negeri Perlis

JSM : En. Badruhisham bin Ishak

Kehadiran : 3 Lelaki
2 Wanita

Sesi latihan pada hari ini bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada jam 6.45 petang.. Sesi latihan pada petang ini tertumpu kepada atlet-atlet baru yang berumur 13 tahun.. Semua atlet yang hadir pada petang ini adalah atlet baru dan hanya melakukan program latihan asas menggunakan getah untuk teknik tarikan asas..

JSM mengucapkan terima kepada Cawangan Pelapis atas bantuan peralatan yang diperolehi terutamanya "arrow" yang memang amat-amat diperlukan oleh atlet.. Untuk makluman juga sesi latihan juga dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di bawah kendalian jurulatih Shubanthirio dan di Sekolah kebangsaan Behor Mali di bawah kendalian JSM Md Zain bin Shaffee..

Sekian Terima kasih...

Thursday, January 26, 2012

Pemantauan PLN Lawn Bowls Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

Tarikh : 25 Januari 2012

Tempat : Gelanggang Boling Padang Jabatan Belia dan Sukan Perlis

JSM : Kamis Bin Harun

Kehadiran Atlet :

- Lelaki: 6 Orang
- wanita : 3 Orang

Latihan bermula pada jam 4.30 petang dan berlangsung sehingga jam 7.00 petang.. Untuk tahun 2012 jurulatih memohon kepada semua atlet agar lebih serius didalam latihan kerana pada tahun 2012 ini kejohanan yang besar akan ditempuhi oleh atlet iaitu Sukma Pahang..pada hari ahad yang lepas iaitu pada tarikh 22 Januari 2012 telah diadakan perjumpaan bersama ibu bapa yang turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis.. Didalam perjumpaan ini beberapa perkara telah dibincangkan antaranya kehadiran atlet didalam sesi latihan dan bantuan peralatan didalam persediaan untuk menyertai Sukma Pahang..

Selain itu, sesi latihan pada hujung minggu seperti pada tahun lepas akan diteruskan dan akan dilakukan pada hari ahad setiap minggu..

Sekian terima kasih
--
Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls, Memanah dan Sepak Takraw
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis..

Saturday, January 21, 2012

Pemantauan Sukan Badminton Perlis 01\12

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Subject: Pemantauan Sukan Badminton Perlis 01\12

Tarikh : 21 Jan 2012
Tempat : Dewan Badminton Kangar
Kehadiran ; 40 org atlet 2 jurulatih

Pada tarikh harini latihan berjalan dengan lancar. Pegawai telah berjumpa dan memberi penerangan tentang hala tuju bagi atlet badminton untuk tahun 2012.

Pegawai telah berjumpa dengan ibubapa atlet yang baru diserap masuk kedalam program . Atlet yang baru ini diserap dari tid talent scouting dan program negeri menjadikan atlet badminton pada tahun ini bertambah.

Pada tahun 2012 pertambahan atlet baru kedalam program hampir 70%.ini menunjukkan bahawa kesungguhan jurulatih dalam membentuk pasukan yang mantap dalam menghadapi cabaran pada tahun ini.

Sekian laporan Pegawai. Pembangunan Negeri pada jam 11.30 pagi