Thursday, January 26, 2012

Pemantauan PLN Lawn Bowls Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

Tarikh : 25 Januari 2012

Tempat : Gelanggang Boling Padang Jabatan Belia dan Sukan Perlis

JSM : Kamis Bin Harun

Kehadiran Atlet :

- Lelaki: 6 Orang
- wanita : 3 Orang

Latihan bermula pada jam 4.30 petang dan berlangsung sehingga jam 7.00 petang.. Untuk tahun 2012 jurulatih memohon kepada semua atlet agar lebih serius didalam latihan kerana pada tahun 2012 ini kejohanan yang besar akan ditempuhi oleh atlet iaitu Sukma Pahang..pada hari ahad yang lepas iaitu pada tarikh 22 Januari 2012 telah diadakan perjumpaan bersama ibu bapa yang turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis.. Didalam perjumpaan ini beberapa perkara telah dibincangkan antaranya kehadiran atlet didalam sesi latihan dan bantuan peralatan didalam persediaan untuk menyertai Sukma Pahang..

Selain itu, sesi latihan pada hujung minggu seperti pada tahun lepas akan diteruskan dan akan dilakukan pada hari ahad setiap minggu..

Sekian terima kasih
--
Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls, Memanah dan Sepak Takraw
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis..

No comments:

Post a Comment