Thursday, August 4, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Sukan Gimrama di Bulan Ramadan







Tarikh : 04 Ogos 2011
Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan MSNPs

Bulan Ramadan bukanlah satu alasan untuk tidak melakukan latihan. Untuk Sukan Gimrama ini program latihan berjalan seperti biasa tetapi masa latihan di pendekkan sedikit bersesuaian dengan keadaan di bulan puasa. Ini juga adalah selaras dengan permintaan daripada pihak ibu bapa sendiri kerana kesibukan penyediaan juadah berbuka puasa pada sebelah petang.

Untuk sesi latihan pada hari ini, alatan riben serta tali digunakan dan diiringi dengan alunan muzik. Sepanjang pemantauan dibuat, atlet-atlet menunjukkan minat yang tinggi dan seronok semasa menjalani latihan walaupun dilihat letih berpuasa.

Sekian

Aniza Roslan

PPN Gimrama / USPTN Perlis

KEJOHANAN ANGKAT BERAT PELAPIS ZON UTARA 2011

Tempat : SMK ABI
Tarikh : 23 - 24 Julai 2011

KEJOHANAN ANGKAT BERAT PELAPIS ZON UTARA 2011

Kejohanan berlangsung dengan jayanya. Kerjasama dari pihak sekolah dan Majlis Sukan Negeri Perlis amatlah memberangsangkan bagi menjayakan kejohanan ini. Kejohanan ini disertai oleh 3 Negeri yang berada di Zon utara iaitu Negeri Kedah Pulau Pinang dan Perlis.

Seramai 37 orang atlet 5 orang jurulatih dan 8 urusetia terlibat dalam kejohanan tersebut. Kejohanan ini terdiri daripada 2 peringkat umur iaitu bawah 14 Tahun dan bawah 16 Tahun (Lelaki & Wanita). 18 orang atlet dari negeri Perlis dengan pecahan 17 lelaki dan 1 wanita telah menyertai kejohanan tersebut dengan pelbagai kategori. Terdapat juga atlet yang diambil dari pusat latihan SMK Abi untuk turut sama menyertai kejohanan ini. Walaupun masih baru dalam Sukan Angkat Berat atlet - atlet tersebut berjaya dalam kejohanan tersebut.

Jutaan terima kasih kepada pihak Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia kerana membantu bagi merealisasikan kejohanan ini.
Bersama - sama ini disertakan keputusan - keputusan kejohanan yang berlangsung.

Untuk makluman pasukan Angkat Berat Negeri Perlis telah berjaya dalam kejohanan tersebut dengan kutipan pingat adalah seperti berikut:

KATEGORI BAWAH 14 TAHUN

1) Syed Ahmad Alqadree Gangsa (S38, CJ 40 )
2) Mohd Haikal Saipul Adzha Perak (S30, CJ 35)
3) Mohd Irfan Harith Gangsa (S25, CJ 32)

KATEGORI BAWAH 16 TAHUN

1) Afifah bt Azamal Perak (S46, CJ 56)
2) Zharif Qadumi Emas (S70, CJ 83)
3) Mohd Shahmin Shahbani Perak (S45, CJ 48)
4) Syawal Zawawi Emas (S60, CJ 82)
5) Mohd Andar Gangsa (S47, CJ 50)
6) Mohd Syahmi Saiful Emas (S45, CJ 60)
7) Fourhan Amani Yousmera Perak (S50, CJ55)
8) Mohd Hanizzan Aqawi Gangsa (S35, CJ 48)

Sekian terima kasih.

Disediakan Oleh :
MIOR ZUHRY AZIM BIN MIOR ADNAN
PEMB. BELIA & SUKAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERLIS
ANGKAT BERAT & PELAYARAN

Wednesday, August 3, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 1/8/2011
Masa : 5.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Negeri
Kehadiran Atlet : 10 orang
Kehadiran Jurulatih : 2 orang

Ulasan,

1. Merupakan hari pertama bagi bulan Ramadhan walaupun begitu atlet tetap gigih datang untuk manjalani latihan dalam keadaan cuaca yang sangat panas terik serta agak kekeringan keadaan sekeliling sedikit sebanyak memberi cabaran dan dugaan yang kuat kepada atlet-atlet PLN berbasikal Perlis.

2. Untuk makluman, atlet-atlet PLN Perlis baru sahaja mendapat sumbangan jersy untuk latihan dan pertandingan daripada Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Perlis iaitu Dato' Seri Shahidan bin Kassim sebanyak 20 pasang.

3. Pelbagai perancangan telah diatur bersama JPM dan JSM iaitu untuk mengadakan Klinik untuk mencari bakat-bakat baru terutama atlet wanita yang berketurunan Siam serta program tindik yang mana kita merancang untuk ke Akademi Serantau Zon Utara untuk berlatih bersama-sama.

4. Tayar dan tuib sudah kehabisan pohon pihak Cawangan Pelapis untuk mempercepatkan proses penghantaran untuk peralatan-peralatan tersebut cuma cadangan daripada saya supaya untuk tahun 2012 dapat dibekalkan peralatan lain seperti 'roller' dan 'chainring' untuk kegunaan semasa pertandingan.

Sekian, terima kasih.

disediakan oleh :
Hairul Anuar Abu Bakar

Tuesday, August 2, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Memanah

Tarikh: 1 Ogos 2011

Tempat: Lapangsasar Memanah Majlis Sukan Negeri Perlis

Waktu: 5.15 Petang

Jurulatih: Badruhisham Bin Ishak

Hari pertama di bulan Ramadhan seperti dijangka kemerosotan kehadiran atlet ke pusat latihan telah dijangka oleh jurulatih..pada hari ini jurulatih mengatur program latihan untuk sasar 30 meter dan sesi latihan agak ringan memandangkan atlet belum dapat menyesuaikan diri dengan sesi latihan di bulan Ramadhan...Selain itu perbincangan mengenai Karnival Pelapis yang akan berlangsung di Perlis juga dilakukan bersama jurulatih, dan jurulatih juga amat berbesar hati kerana Karnival Pelapis telah diubah tarikh ke bulan Disember, ini kerana jika dilakukan pada Disember lebih ramai atlet dapat menyertai kejohanan ini kerana musim peperiksaan telah berakhir..

Untuk makuman semua juga, PLN Memanah USPTN Perlis juga melakukan latihan di 3 pusat latihan iaitu:-

1. Lapangsasar Memanah Majlis Sukan Negeri Perlis - JSM En. Badruhisham Ishak
2. SK Behor Mali - JSM En. Md Zain Shafee
3. SMK Syed Alwi - Jurulatih Shubantirio bin Shuhaimi

Pada masa sekarang penambahan atlet tidak dapat dilakukan kerana, peralatan yang tidak mencukupi, seperti jumlah 'arrow' yang tidak mencukupi bagi latihan mahupun untuk kejohanan. Terdapat juga 'bow' set yang tidak lengkap. Bagi 'target butt' buat masa sekarang telah mencukupi kerana telah dibekalkan oleh pihak Cawangan Pelapis Negeri, MSNM ketika Karnival Pelapis Di Kelantan..

Sekian terima kasih....
--
Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Lawn Bowls dan Memanah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
..

SALAM RAMADHAN 1432H


Salam Ramadhan 1432H diucapkan kepada semua Pegawai, Jurulatih, Atlet serta peminat-peminat sukan yang beragama Islam dari kami warga kerja USPTN Perlis...
Selamat menunaikan ibadah puasa...