Friday, March 25, 2011

T.I.D Sukan Gimrama






Tarikh : 07.03.2011
Tempat : SK Putra, Kangar, Perlis
Masa : 9.00 pagi

Tarikh : 08.03.2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SK Behor Empiang, Kangar, Perlis

Program T.I.D Sukan Gimrama telah diadakan di kedua-dua buah sekolah berkenaan dan mendapat sambutan dan kerjasama yang sangat baik daripada pihak sekolah. Sesi pemilihan yang diadakan adalah kepada pelajar-pelajar dari prasekolah dan darjah 1. Pihak sekolah amat mengalu-alukan program seumpama ini dan berharap program-program seperti ini akan dapat diadakan lagi untuk sukan yang lain pula.

Lanjutan daripada sesi pemilihan tersebut, Jurulatih Gimrama USPTN Perlis , Cik Afiqah Anati telah mengenalpasti pelajar-pelajar yang layak untuk diserapkan menjalani latihan untuk program pelapis USPTN Perlis. Hasil perbincangan dengan pihak sekolah juga memohon supaya diadakan satu taklimat mengenai program pelapis ini kepada pihak ibu bapa atlet yang telah terpilih. Pihak USPTN Perlis akan mengaturkan sesi taklimat tersebut.

Makluman atlet terpilih :
1. SK Putra (24 orang terpilih)
2. SK Behor Empiang (31 orang terpilih)

Laporan disediakan oleh :
Aniza Roslan
PPN USPTN Perlis

KEJOHANAN BADMINTON 100 PLUS SIRKIT 1 ZON A



Tarikh: 2-5 Mac 2011
Tempat: Dewan KBA Alor Setar Kedah
Atlet: 12 orang (8 lelaki 4 wanita)
Jurulatih : A'amar Hashim dan Zulkefle Md Noor
Pegawai dan Urusetia : Saufik Redzuan b Subri dan Rizuana bt Abd Rashid

Pada tahun 2011 sukan badminton telah memulakan kejohanan pertamanya iaitu Kejohanan 100 plus Sirkit 1 Zon A yang berlangsung di Dewan KBA Alor Setar Kedah.Pencapaian Negeri Perlis adalah seperti berikut:

Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun
Chee Wee Zhong = Pusingan Pertama

Bergu Lelaki bawah 18 tahun
Chee Wee Zhong / Wong Kai Jun = Pusingan Pertama

Perseorangan Lelaki Bawah 16 Tahun
Tan Vien Hen = Naib johan
Amier Zubairie = Pusingan Pertama

Bergu Lelaki Bawah 16 tahun
Tan Vien Hen / Amier Zubairie = Suku Akhir

Bergu Lelaki bawah 14 tahun
Amir Syazwan Al Razi / Chan Yee Siang = Pusingan Pertama

Perseorangan Lelaki bawah 14 Tahun
Amir Syazwan Al Razi = Pusingan Pertama
Chan Yee Siang = Pusingan Pertama

Perseorangan Wanita Bawah 14 Tahun
-Nur Fara 'ain Irwani = Pusingan Pertama
-Atirah Rawiah = Pusingan Pertama

Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun
-Chan Yee Jun= Pusingan Pertama
-Yee Bing Xian = Pusingan Kedua
-Mohd Farhan Fikri = Pusingan Kedua

Perseorangan Wanita Bawah 12 Tahun
-Shifa Humaira = Pusingan Pertama
-Nur Rizwani = Pusingan Kedua

Bergu Lelaki bawah 12 tahun
-Chan Yee Jun / Mohd Farhan Fikri = Suku Akhir


Laporan Oleh :

Saufik Redzuan b Subri
PPN BADMINTON DAN AKUATIK

Pemantauan Ke PLN Lawn Bowls Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis





Pemantauan Ke PLN Lawn Bowls Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

Tarikh : 16 Mac 2011
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Gelanggang Lawn Bolws
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis
Kompleks Sukan Negeri Perlis

Jurulatih : Kamis Bin Harun
Jumlah Atlet: 7 Lelaki/6 wanita

Pada minggu sekolah bercuti sesi latihan dijalankan pada waktu pagi dan petang pada Isnin, Rabu dan Jumaat serta latihan pada setiap pagi Ahad.Sesi latihan pada minggu ini tertumpu kepada persediaan untuk menyertai dua kejohanan iaitu Single dan Pairs yang akan berlangsung di Perlis pada 20 - 25 Mac 2011 dan National Single Championship yang akan berlangsung di Bukit Kiara pada 27 - 31 Mac 2011.Jumlah Atlet yang akan dihantar oleh pasukan Lawn Bowls Perlis untuk menyertai beberapa kejohanan seperti berikut:-

Perlis National Single and Pairs : 12 Orang atlet dan 3 Pegawai
National Single : 6 Orang atlet dan 3 Pegawai

Bersama-sama ini saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan pihak tuan.

Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Lawn Bowls dan Memanah

Perlis Pairs dan Singles 2011

Tarikh Kejohanan: 21 - 25 Mac 2011
Anjuran : Persekutuan Boling Padang Malaysia dan Persatuan Boling Padang Negeri Perlis
Acara : Pairs dan Singles

Untuk kejohanan ini USPTN Perlis telah menghantar 11 orang atlet 2 jurulatih dan seorang pegawai
yang merangkap sebagai pengurus pasukan.

Untuk acara single atlet terbaik bagi USPTN Perlis iaitu Auni Fatian bt Kamis telah layak hingga ke
suku akhir setelah dikalahkan oleh pemain dari Selangor.Acara Singles telah berakhir pada 22 Mac 2011.

Untuk acara Pairs 2 pasukan Pairs telah layak ke suku akhir dan sedang bertanding pada peringkat tersebut
Pairs tersebut iaitu Pairs wanita yang di sertai oleh Narshimi bt Shafiee dan Auni Fatiah bt Kamis serta bagi
pairs lelaki iaitu Abd Syafiq Afif bin Abd Rahman dan Muhammad Danial bin Kamarulzaman.

Keputusan penuh akan di makluman setelah kejohanan tamat pada petang nanti..

Terima Kasih

Muhamad Rasidi Baharom
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Perlis

PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL








Tarikh : 24 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 5.00 hingga 6.00 petang
Tempat : Lebuhraya Changloon-Kuala Perlis
Kehadiran : Atlet 7 orang
: Jurularih 2 orang

AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMASA PEMANTAUN
MOOD - Latihan Time Trail 17 Km Perseorangan.

ULASAN


1. Didapati jurulatih Encik Muhd Afandi Abdullah mempunyai inisiatif untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet berbasikal yang mana keputusan kejohanan yang lepas kurang memberangsangkan dari segi catatan masa. JSM yang baru dilantik iaitu Encik Rosmaini Md Rejab telah menjalankan tugasnya dan memberi komitmen yang penuh kepada tugasan yang diberikan.

2. Keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan pada petang hari telah membantutkan latihan jalanraya untuk memberi lebih kepada aspek kekuatan mental dan strength.

3. Jurulatih memaklumkan terdapat 9 atlet tidak dapat hadir disebabkan terpaksa mengikuti aktiviti sekolah pada waktu petang .

4. Fitnees test yang sepatutnya dijalankan pada 23/3/2011 terpaksa ditunda kepada hari ini disebabkan hujan serta kehadiran atlet yang tidak memuaskan. Bagi sukan berbasikal tiada masalah dari persediaan atlet cuma ada kekangan dari segi peralatan yang kurang mencukupi seperti basikal latihan/pertandingan, tuib dan tayar.

Sekian, terima kasih.

Laporan di sediakan oleh:-
Hairul Anuar