Tarikh: 28 Mei hingga 30 Mei 2010
Tempat: Uitm Arau, Perlis
Peserta: 250 atlet, semua penyelaras SUKMA, pengurus pasukan, jurulatih.
Organisasi terlibat: Exco dan Kerajaan Negeri Perlis,Uitm Perlis, Jabatan Belia dan Sukan, Persatuan Sukan Negeri Perlis, NGO
Mengejar impian emas dan memburu kejayaan di SUKMA Melaka 2010 bukan hanya boleh dicapai melalui latihan fizikal semata-mata. Semangat atlet negeri Perlis terus dinaikkan dengan penganjuran kem kontinjen yang disertai dengan kekuatan seramai 250 orang atlet beserta pegawai dan jurulatih dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis dan NGO yang terlibat.
Modus kem ini dirancang untuk meningkatkan semangat dan ketahanan mental kepada semua atlet yang akan terlibat dalam SUKMA disamping tidak terlalu memberikan tekanan yang boleh mengganggu konsentrasi atlet dalam latihan. Aturcara kem dirancang oleh Majlis Sukan Negeri Perlis dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis dengan dibantu oleh kepakaran Pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Uitm Arau Perlis.
Pelbagai program binaan dan acara diatur dengan padat lagi tersusun di setiap slot yang diberi. Walaupun masa yang dianjurkan adalah singkat, adalah diharapkan sedikit sebanyak ia dapat membantu meningkatkan motivasi dan mental atlet negeri Perlis dalam mencapai kejayaan di Sukma nanti.

naik ikuttttt. macam mana nak jadi atlet perlis??
ReplyDelete