Monday, February 8, 2010

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON DAN AKUATIK

Tarikh : 3 Feb 2010
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Kangar
Masa : 6.00-7.00 pm

Pemantauan persediaan dan latihan skuad badminton Perlis untuk ke kejohanan Sirkit 1 di Pulau Pinang pada hujung bulan Februari iaitu kejohanan yang pertama bagi tahun 2010. Latihan dihadiri oleh atlet pelapis Perlis dan juga atlet senior yang bakal ke SUKMA Melaka 2010. Negeri Perlis berjaya mencatat beberapa keputusan yang memberangsangkan di sepanjang tahun 2009 dimana beberapa atlet badminton negeri Perlis berjaya memasuki suku akhir pada setiap perlawanan.

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON

JURULATIH ZULKEFLE MD NOR SEDANG MELATIH ATLETNYA

Tarikh : 3 Feb 2010
Tempat : Kompleks Renang Jabatan Belia dan Sukan
Masa : 5.00-5.45. pm

Pemantauan atlet renang Perlis. Latihan renang diambil alih sementara oleh Ms.Goh Kim Nee sebagai menggantikan coach Qi Zhi Gang yang pulang sementara ke China. Latihan dihadiri oleh semua atlet. Fasa sekarang merupakan fasa persediaan untuk SUKMA Melaka 2010.

PEMANTAUAN AKUATIK


Pada masa yang sama pemantauan dijalankan untuk sukan terjun. Kelihatan atlet terjun yang berumur 8 tahun Mohd Ashraff sedang melakukan percubaan terjunan papan anjal 1 meter sambil diperhatikan oleh JPM Azamin Bin Man. Kedatangan amat memuaskan. Perlis akan membuat TID terjun pada awal Mac ini dan dalam proses mendapatkan jurulatih Terjun dari luar negara.

ARAHAN JURULATIH YANG BERTEPATAN AMAT DITITIKBERATKAN MEMANDANGKAN ATLET MASIH DIBAWAH UMUR

PEMANTAUAN OLEH ISWADI RAMLI
PPN AKUATIK DAN BADMINTON

1 comment:

  1. bagus mcam ne.. pergiatkan lagi aktiviti dan pemantauan. cerita sikit apa buat. layar laman blog penang sebagai contoh.

    ReplyDelete