Friday, October 29, 2010

MEDAL TALLY KARNIVAL 02/2010

UPDATE 29 OKT 2010 10.00 AM




KEPUTUSAN TERKINI

Kontinjen Negeri Perlis di hari pertama telah berjaya mengumpul 3 pingat Perak
iaitu :-

28 Oktober 2010

OLAHRAGA

NOR ASILAH MOHD SHAMRI
- PINGAT PERAK ACARA 3000 M (13:03) WANITA TERBUKA

NOR ASILAH MOHD SHAMRI
- PINGAT PERAK ACARA 1500 M WANITA TERBUKA

ANGKAT BERAT

MOHD FAIDZI MAHMOOD
-PINGAT PERAK CLEAN AND JERK KATEGORI 62 KG DENGAN ANGKATAN 95KG

KARNIVAL PELAPIS SIRKIT 2/2010 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Penyertaan Kontinjen Negeri Perlis bagi Karnival Pelapis Sirkit 2/2010 pada 27 hingga 31 Oktober 2010 bertempat di Seremban Negeri Sembilan adalah seramai 27 orang atlet, 6 Jurulatih dan 5 Pegawai. Sebnayak 8 jenis sukan dipertandingkan oleh pihak penganjur dan hanya 5 jenis sukan yang disertai oleh Kontinjen Negeri Perlis iaitu angkat berat, olahraga, memanah, terjun dan gimrama.


Ayuh atlet Negeri Perlis Berjuang dalam Karnival Kali ini dan capai pencapaian terbaik

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010


Staff USPTNPs mengucapkan selamat hari raya pada semua muslimin dan muslimat.......
kepada semua atlet selamat berhari raya.latihan akan bermula selepas 1 minggu raya...

Tuesday, August 17, 2010

KEPUTUSAN YOG FATIN ATIKAH


PADA TARIKH 17 OGOS 2010 FATIN ATIKAH OSMAN ATLET KELAHIRAN NEGERI PERLIS YANG JUGA ATLET UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERLIS TELAH TURUN KE GELANGGANG DALAM ACARA BELIAU.FATIN TELAH MENDUDUKI TANGGA YANG KE TUJUH KESELURUHAN DALAM OLIMPIK REMAJA YANG PERTAMA KALI DIADAKAN.SEKALUNG TAHNIAH KEPADA FATIN ATIKAH OSMAN.

Friday, July 30, 2010

Fatin Sandaran Angkat Berat Olimpik Remaja Negara


Fatin sandaran angkat berat Olimpik Remaja negara

11/06/2010 2:45pm

KUALA LUMPUR 11 Jun — Atlet angkat berat negara Fatin Atikah Osman menjadi satu-satunya sandaran Malaysia untuk memburu pingat pada Temasya Olimpik Remaja 2010 di Singapura pada Ogos depan.

Jurulatihnya, Mohd Faiz Musa berkata Fatin Atikah, 17, dipilih setelah berjaya melepasi Kejohanan Ujian Kelayakan Olimpik Remaja di Tashkent, Uzbekistan pada April yang lepas.

"Ketika beraksi di Uzbekistan, Fatin Atikah memperoleh pingat gangsa dalam acara 58kg dan saya percaya beliau mampu membuat angkatan terbaik di Singapura nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Faiz berkata, penglibatan Fatin Atikah ke Temasya Olimpik Remaja adalah penyertaan pertama beliau ke peringkat tinggi dan ini merupakan pendedahan yang amat berguna kepadanya.

Beliau berkata, anak didiknya sebelum ini hanya terlibat dengan kejohanan tempatan sahaja.

"Walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran kepada Fatin, saya tetap menaruh harapan beliau mampu pamer aksi cemerlang di Singapura nanti,” katanya. - Bernama


Monday, July 26, 2010

TID BOLING PADANG










TID BOLING PADANG TELAH DI ADAKAN PADA TARIKH 25 JULAI 2010 BERTEMPAT DI KOMP;EKS BOLING PADANG PERLIS.SEKOLAH YANG MENYERTAI ADALAH SMK DERMA DAN SMK PUTRA.SERAMIA 25 ORANG TELAH MENDAFTARKAN DIRI DALAM PROGRAM INI.

DALAM PROGRAM INI PIHAK USPTNPs TELAH MENDAPAT KERJASAMA DARI GURU-GURU DARI SEKOLAH BERKENAAN

Thursday, July 22, 2010

TID SUKAN AKUATIK (RENANG DAN TERJUN) SIRI 1 /2010
















TID AKUATIK (RENANG DAN TERJUN)
TARIKH: 21 JULAI 2010
TEMPAT : KOMPLEKS RENANG JABATAN BELIA DAN SUKAN
MASA: 5.30 PETANG - 6.45 PETANG
PESERTA: USPTN PERLIS, 25 PELAJAR PROGRAM RENANG CHINKO TRADING, SK SERI INDRA DAN IPGM, IBU BAPA.
SDO: ISWADI BIN RAMLI

Tid Sukan Terjun dan Renang ini diadakan bagi mencari bakat baru dalam sukan tersebut. Pelajar yang terlibat telahpun mempunyai asas renang melalui kelas-kelas renang yang dihadiri dan ini lebih memudahkan pemilihan dan latihan diadakan kemudian.

Seramai 2 orang pelajar telah dipilih untuk latihan pemilihan akhir bagi sukan terjun dan 6 pelajar untuk Pusat Latihan Renang. Antara yang terlibat ialah Jabatan Pelajaran Perlis, Sekolah Kebangsaan Seri Indra , pelajar Sekolah Rendah Institut Perguruan Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Perlis, Syarikat Chinko Trading dan ibu bapa. TID ini yang pertama untuk tahun ini dan TID seterusnya dijangka diadakan di sekolah-sekolah sekitar Kangar pada hujung tahun ini.

Tuesday, July 6, 2010

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN BADMINTON














PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON

TEMPAT: Dewan Badminton Kangar
JSM: A'amar bin Hashim, Zulkefle bin Mohd Nor
Atlet: 10 orang
Tarikh: 6 Julai 2010
SDO: ISWADI BIN RAMLI

Laporan:
1) JSM maklumkan Perlis menarik diri daripada Kejohanan Berpasukan Kebangsaan pada Ogos disebabkan atlet wanita terlibat dalam peperiksaan. Persatuan akan memaklumkan kepada pihak BAM akan perkara ini.
2) Shuttle yang ada telah berkurangan dan JSM memohon shuttle baru dibekalkan untuk latihan
3) Merancang menganjurkan mini kejohanan badminton bawah 12 tahun dan program attachment atlet badminton Perlis ke pusat latihan di luar Perlis
4) Kehadiran atlet ke pusat latihan menurun.

Wednesday, June 16, 2010

SUKMA 2010

JUPHA A/P SOMNET DENGAN KAYUHAN PINGAT PERAK ACARA 200 METER SPRINT




FATIN ATIKAH OSMAN DENGAN PINGAT EMAS PERTAMA PERLIS YANG JUGA ATLET USPTNPs PERLIS




PUNGUTAN PINGAT DARI ATLET DI BAWAH PROGRAM PELAPIS UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERLIS TELAH BERMULA DIMANA 1 PINGAT GANGSA DIPEROLEHI DARI PESILAT LELAKI IAITU MOHD NOR ERMAN PADA 15/6/2010 DAN DIIKUTI DENGAN PUNGUTAN PINGAT EMAS PERTAMA NEGERI PERLIS DARI SUKAN ANGKAT BERAT WANITA IAITU FATIN ATIKAH BT OSMAN. KAMI MENGHARAPKAN AGAR PUNGUTAN PINGAT AKAN BERTAMBAH PADA HARI INI.









Wednesday, June 9, 2010

SUKMA MELAKA

KEPADA SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN USPTN PERLIS SELAMAT BERTUGAS SEPANJANG KEJOHANAN SUKMA MELAKA DAN YANG PALING UTAMA KEPADA SEMUA ATLET PELAPIS NEGERI PERLIS SELAMAT BERJUANG BAGI MEMARTABATKAN NAMA NEGERI PERLIS DAN MEMBAWA PULANG KEJAYAAN YANG GEMILANG KEPADA SELURUH RAKYAT NEGERI PERLIS


PERLIS BOLEH !!!!! PELAPIS PERLIS BOLEH!!!!!!!!!!

Saturday, May 29, 2010

KEM KONTINJEN ATLET SUKMA PERLIS 2010















Tarikh: 28 Mei hingga 30 Mei 2010
Tempat: Uitm Arau, Perlis
Peserta: 250 atlet, semua penyelaras SUKMA, pengurus pasukan, jurulatih.
Organisasi terlibat: Exco dan Kerajaan Negeri Perlis,Uitm Perlis, Jabatan Belia dan Sukan, Persatuan Sukan Negeri Perlis, NGO

Mengejar impian emas dan memburu kejayaan di SUKMA Melaka 2010 bukan hanya boleh dicapai melalui latihan fizikal semata-mata. Semangat atlet negeri Perlis terus dinaikkan dengan penganjuran kem kontinjen yang disertai dengan kekuatan seramai 250 orang atlet beserta pegawai dan jurulatih dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis dan NGO yang terlibat.

Modus kem ini dirancang untuk meningkatkan semangat dan ketahanan mental kepada semua atlet yang akan terlibat dalam SUKMA disamping tidak terlalu memberikan tekanan yang boleh mengganggu konsentrasi atlet dalam latihan. Aturcara kem dirancang oleh Majlis Sukan Negeri Perlis dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis dengan dibantu oleh kepakaran Pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Uitm Arau Perlis.

Pelbagai program binaan dan acara diatur dengan padat lagi tersusun di setiap slot yang diberi. Walaupun masa yang dianjurkan adalah singkat, adalah diharapkan sedikit sebanyak ia dapat membantu meningkatkan motivasi dan mental atlet negeri Perlis dalam mencapai kejayaan di Sukma nanti.