Friday, January 7, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat Tahun Baru di ucapkan pada semua pengunjung laman sesawang ini....

Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya dengan kejayaan atlet-atlet negeri Perlis di dalam kejohanan dan pertandingan .Dengan rekod baru kutipan pingat di SUKMA Melaka kini Tanggung jawab kepada Pegawai-pegawai sukan terutamanya Pegawai Pembangunan Sukan di Cawangan Pelapis Negeri Perlis menjadi semakin berat.ini kerana setiap pegawai perlu mempunyai perancangan yang terperinci dan bersistematik bagi meningkatkan prestasi atlet dan kualiti pentadbiran sukan supaya membawa kejayaan kepada Negeri Perlis...

Beberapa perancangan telah diatur oleh pihak USPTNPs dan MSN Perlis bagi tahun 2011.Pelbagai program pembangunan atlet dan sukan telah dirancang .

Bagi Warga USPTNPs selamat maju jaya jadikan tahun 2011 menjadi tahun kejayaan kepada sukan Negeri Perlis bagi memartabatkan mutu sukan Negara di persada antarabangsa.

Bagi semua Atlet Negeri Perlis selamat maju jaya dan capaikan matlamat anda pada tahun baru ini..moga kejayaan milik kita, kami sentiasa berada disamping anda bagi merealisasikan impian agar terlaksana.

PERLIS BOLEH! PERLIS BOLEH !!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, October 29, 2010

MEDAL TALLY KARNIVAL 02/2010

UPDATE 29 OKT 2010 10.00 AM




KEPUTUSAN TERKINI

Kontinjen Negeri Perlis di hari pertama telah berjaya mengumpul 3 pingat Perak
iaitu :-

28 Oktober 2010

OLAHRAGA

NOR ASILAH MOHD SHAMRI
- PINGAT PERAK ACARA 3000 M (13:03) WANITA TERBUKA

NOR ASILAH MOHD SHAMRI
- PINGAT PERAK ACARA 1500 M WANITA TERBUKA

ANGKAT BERAT

MOHD FAIDZI MAHMOOD
-PINGAT PERAK CLEAN AND JERK KATEGORI 62 KG DENGAN ANGKATAN 95KG

KARNIVAL PELAPIS SIRKIT 2/2010 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Penyertaan Kontinjen Negeri Perlis bagi Karnival Pelapis Sirkit 2/2010 pada 27 hingga 31 Oktober 2010 bertempat di Seremban Negeri Sembilan adalah seramai 27 orang atlet, 6 Jurulatih dan 5 Pegawai. Sebnayak 8 jenis sukan dipertandingkan oleh pihak penganjur dan hanya 5 jenis sukan yang disertai oleh Kontinjen Negeri Perlis iaitu angkat berat, olahraga, memanah, terjun dan gimrama.


Ayuh atlet Negeri Perlis Berjuang dalam Karnival Kali ini dan capai pencapaian terbaik

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010


Staff USPTNPs mengucapkan selamat hari raya pada semua muslimin dan muslimat.......
kepada semua atlet selamat berhari raya.latihan akan bermula selepas 1 minggu raya...