Tuesday, April 27, 2010
KARNIVAL PELAPIS 01/2010 MEMANAH
SUKAN MEMANAH
Perlis di wakili oleh 6 pemanah terdiri dari 3 lelaki dan 3 perempuan
pemanah Perlis bertanding dalam kategori KAT II 50 m dan 30 m
mereka baru pertama kali bertanding dalam karnival PELAPIS .
Lawatan Rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ke Dry Gym Pelapis Perlis Pada Ahad 25 April 2010
Masa: 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Dry Gym Perlis, Kompleks Sukan Negeri Perlis
Pihak Terlibat: Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dato' Mohd Yasin Bin Mohd Salleh dan rombongan, Yang Berhormat Adun Indera Kayangan En. Bakri Bin Dato' Ali, Pengarah MSN Perlis, Pegawai MSN Perlis, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perlis, Bahagian Harta MSNM En. Mohd Raizal Bin Yaakob, En. Hairul Anuar (PKU) USPTN Perlis, SDO USPTN Perlis.
Fotograf: Iswadi Bin Ramli (SDO Akuatik)
Pada 25 April 2010 MSNPerlis dan USPTN Perlis telah menerima kunjungan dan lawatan rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dan rombongan seramai 40 orang hasil daripada laporan USPTN Perlis ke Bahagian Harta Majlis Sukan Negara Malaysia mengenai kerosakan pada Dry Gym pada bulan November 2009.
Hasil daripada lawatan tersebut pihak MSN Perlis dan USPTN Perlis telah menerima berita gembira dan maklum balas positif mengenai bantuan yang akan diberikan oleh pihak beliau melalui peruntukan yang disalurkan kepada Majlis Sukan Negara Malaysia bagi membaikpulih bangunan tersebut seterusnya dapat membantu perjalanan latihan sukan terjun bagi Program Pelapis sepanjang tahun ini.

Friday, April 23, 2010
KARNIVAL PELAPIS 01/2010 SILAT OLAHRAGA

KARNIVAL PELAPIS SIRKIT SATU
SILAT OLAHRAGA
Negeri Perlis telah menghantar seramai 9 pesilat lelaki dan perempuan bagi kedudukan terkini 2 pesilat Perlis tidak dapat beraksi kerana maslah teknikal. Seorang telah kalah di pusingan pertama manakala 3 terkandas di suku akhir dan 3 pesilat telah menempah laluan ke separuh akhir.......
Esok (24 april 2010) bermula pertandingan peringkat separuh akhir.....
Subscribe to:
Posts (Atom)