Thursday, February 9, 2012

Pemantauan PLN Lawn Bowls

Tarikh: 8 Febuari 2012
Masa : 5.15 Petang
Tempat : Gelanggang Boling Padang Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis

JSM : Kamis Harun

Kehadiran : 4 Lelaki dan 4 Wanita

Sesi latihan hari ini bermula pada jam 4.00 petang hingga 6.30 petang... Program latihan yang diaturkan oleh jurulatih ialah "draw line" dalam 3 jarak bermula pada jam 4.00 petang hingga ke 5.00 petang.. Seterusnya pada jam 5.00 petang hingga 6.30 petang latihan pairs dilakukan untuk mengenalpasti kelemahan dan juga mencari keserasian di antara pasangan masing-masing..

Jurulatih memaklumkan kahadiran atlet pada hari persekolahan agak menurun kerana beberapa orang atlet terlibat dengan aktiviti sekolah dengan itu jurulatih mengambil inisiatif dengan melakukan latihan pada setiap pagi sabtu dan juga ahad..

Untuk makluman JSM Boling Padang akan mengikuti Kursus Pemakanan dan Fisioterapi di Langkawi pada 10 – 12 Febuari dan seterusnya akan mengikuti CCE di UiTM Arau pada 14 – 17 Febuari 2012...

Wednesday, February 8, 2012

100PLUS JUNIOR SIRKIT ZON A PERLIS

Kejohanan ini telah bermula pada harini dimana pasukan dari zon A terdiri daripada

#PERLIS
#KEDAH
#PULAU PINANG
#PERAK
#KUALA LUMPUR
#KELANTAN

Pada sesi harini adalah pusingan pertama dan pusingan ke dua untuk keputusan terkini dan penuh sila klik pada link di sebelah kiri sekian terima kasih













Saturday, February 4, 2012

Perjumpaan atlet dan ibu bapa bersama ahli Persatuan Badminton Perlis,Majlis Sukan Negeri Perlis dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Perjumpaan atlet dan ibu bapa bersama ahli Persatuan Badminton Perlis,Majlis Sukan Negeri Perlis dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

Tarikh 4 feb 2012
Jam: 10.00 pagi
Tempat :Dewan Badminton Perlis

Satu program telah diatur oleh persatuan dengan kerjasama USPTNPs pada harini iaitu perjumpaan atlet dan ibu bapa .

Sebelum perjumpaan ini dijalankan jurulatih telah menjalankan centre training untuk kejohanan yang bakal disertai iaitu kejohanan Sirkit Remaja Sirkit 1 yang akan berlansung di kangar Perlis. Latihan bermula sejak jam 8.00 pagi.

Tepat jam 10.30 pagi Timbalan presiden telah sampai dan perjumpaan telah dijalankan dimana atlet ibu bapa dan semua mengambil tempat.Timbalan president telah memberi ucapan dan kata kata semangat kepada atlet da jurulatih.

Disamping itu juga belansung majlis penyerahan baju tajaan kepada atlet .Persatuan Badminton Perlis dan Syarikat Champion Duluxe telah menaja pakaian kepada atlet negeri Perlis untuk kejohana pada tahun ini. Dan akhir sekali jamuan ringan telah disediakan oleh persatuan.

Program selesai jam 11..30 pagi

Sekian laporan dari PPN Badminton Perlis

Wednesday, February 1, 2012

Pemantauan Pusat Latihan Negeri Memanah

Tarikh : 31 Januari 2012

Masa : 6.00 Petang

Tempat : Lapangsasar Memanah Majlis Sukan Negeri Perlis

JSM : En. Badruhisham bin Ishak

Kehadiran : 3 Lelaki
2 Wanita

Sesi latihan pada hari ini bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada jam 6.45 petang.. Sesi latihan pada petang ini tertumpu kepada atlet-atlet baru yang berumur 13 tahun.. Semua atlet yang hadir pada petang ini adalah atlet baru dan hanya melakukan program latihan asas menggunakan getah untuk teknik tarikan asas..

JSM mengucapkan terima kepada Cawangan Pelapis atas bantuan peralatan yang diperolehi terutamanya "arrow" yang memang amat-amat diperlukan oleh atlet.. Untuk makluman juga sesi latihan juga dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di bawah kendalian jurulatih Shubanthirio dan di Sekolah kebangsaan Behor Mali di bawah kendalian JSM Md Zain bin Shaffee..

Sekian Terima kasih...